bismillah Pictures, Images and Photos

Carian Maklumat...

Khamis, 25 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Merdeka!!!





Tinggal 1 hari je lagi persekolahan selepas tu 1 minggu cuti...Kebetulan raya tahun ni jatuh pada hari cuti persekolahan. Jadi tak ada la cuti ganti. Seronok betul tengok anak-anak prasekolah kita bila sebut pasal raya terutamanya mereka yang berjaya puasa penuh. Cikgu dan Cik Wan ingin mengingatkan anak-anak semua supaya jangan main mercun. Nanti tak pasal-pasal ada yang hilang... nauzubillah...ngeri kita dengar kan..Putus sana, putus sini dan ada yang buta akibat mercun. Seronok hanya beberapa saat tapi sakitnya sepanjang hayat...Ingat tu ya anak-anak.

Ok lah...di kesempatan ini kami warga Prasekolah Nadi Pintar ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Ulangtahun Kemerdekaan yang ke 54. Maaf zahir dan batin.

Ahad, 7 Ogos 2011

Aktiviti Membuat Beg



Aktiviti hari ini ialah menghias beg yang telah dibuat oleh Cik Wan. Murid-murid diminta untuk menghias beg mengikut kreativiti masing-masing. Memang kreatif anak-anak kita ni. Hasilnya cantik dan menarik.

Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Berpuasa



Kami mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia...Semoga kita mendapat banyak keberkatan di bulan yang mulia ini....

Murid-murid Prasekolah Nadi Pintar juga digalakkan berpuasa walaupun puasa separuh hari. Bagi yang berjaya puasa penuh, kami ucapkan tahniah dan syabas. Bukan senang sebenarnya nak melatih anak-anak kecil ini menahan diri dari makan dan minum...Namun begitu, sekiranya dari kecil telah dilatih, insyaAllah tiada masalah lagi untuk mereka berpuasa sebulan penuh apabila mereka aqil baligh nanti.


FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzursyar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabdaNabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaanAllah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)
                     
Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)





NIAT PUASA RAMADHAN


Lafaz niat untuk sebulan puasa
niatsebulanpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
niatharianpuasa
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


sumber : http://zelo55.com

Anda Pengunjung Ke...