Carian Maklumat...

Sabtu, 7 Mac 2015

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH DIBUKA SEKARANG!!!


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PRASEKOLAH SK SERI PADANG SARI TAHUN 2015
1. Kanak-kanak yang mepunyai status Warganegara Malaysia Sahaja.
2. Terbuka untuk murid-murid berumur 5 & 6 tahun
3. Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak yang ibu/bapa/penjaga berpendapatan rendah.
4. Permohonan kemasukan Program Pendidikan Prasekolah tahun 2015 akan dibuka mulai 1 April 2015 sehingga 31 Julai 2015.
5. Borang permohonan boleh diperolehi di pejabat sekolah.
6. Bilangan murid di dalam sebuah kelas prasekolah arus perdana adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.Tiada istilah menumpang di kelas prasekolah.
7. Prasekolah akan mengeluarkan surat jawapan lulus/gagal kepada penjaga murid yang terlibat dan pengesahan penerimaan tawaran kemasukan ke prasekolah bagi murid yang lulus.
8. Surat pemberitahuan permohonan berjaya /tidak berjaya akan dikeluarkan selewatnya pada 31 Oktober 2015
* Sila sertakan dokumen seperti dibawah semasa membuat pendaftaran:-
Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran :-
1. Salinan surat beranak
2. Salinan bil elektrik / telefon / air ( bukti alamat )
3. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
4.Sijil anak angkat (sekiranya berkaitan)
5.Salinan penyata pendapatan / slip gaji ibu bapa / penjaga
Sebarang pindaan tertakluk arahan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan
Masa pendaftaran :
Ahad hingga Khamis ( 8.00 pagi – 4.00 petang )
Rehat                      ( 1.00 petang – 2.00 petang )
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 JULAI 2015

Ahad, 1 Februari 2015

Cara Mudah Kenal Huruf Dan Belajar Menulis

TIP 1

diambil dari blog.....http://masyaamiraaimie.blogspot.com/

Tipsnya mudahnya sahaja nak mengajar anak kenal huruf dan kene sekali pandai menulis huruf ni .... 
  • Dengarkan lagu² A,B,C sampai Z ... rasanya lagu ABC ni memang popular ada satu versi jer.. oleh ajar dengar lagu ni dengan kerap dari umur setahun lagi.

  • Bila anak dah mula dan biasa dengar huruf mesti dia lebih teruja kalau korang belikan gambar²,dan huruf².. lepas tu korang tampal kat dinding ... bagi dia cam huruf² tu... sambil menyanyi dan sambil tunjuk.

  • Lepas dah pandai 2 langkah kat atas ni... mulakan pulak dengan kertas kosong dan pensil, ajar dia menulis.... anak akan menyanyi sambil menulis.

  • Janganlah buat sekali sahaja.... harap anak nak berjaya yer... buat setiap hari, kalau tak boleh setiap hari .. buat bila ada masa terluang .. janji buat .... insyaallah berkesan.

  • Alhamdulillah memang berkesan kaedah menyanyi sambil menulis tu .. kalau anak saya boleh.. anak korang pun mesti boleh .. sebab anak korang lebih bijak, nak korang pun mesti lebih banyak masa dengan anak²kan.....

Sekadar berkongsi pengalaman saya sahaja, insyaallah.. usaha tangga kejayaan.. jadi jangan sedih² kalau anak tak kenal huruf lagi, kita sebagai ibu kene usaha cari cara penyelesaiannya..... biar lambat .. janji dia tahu .. janji lepas ni dia lebih rajin kan.



TIP 2


diambil dari blog http://www.azzahrakids.com/



Tiga cara mengajar anak-anak mengenal huruf ABC


1.   Menyanyi lagu ABC  Kanak-kanak sangat suka menyanyi dan mendengar lagu. Mulakan hari anak anda dengan beberapa lagu serta diselitkan lagu ABC.


2.   Menghasilkan buku skrap ABC  Bimbing anak anda untuk menyediakan sebuah buku skrap ABC. Anda boleh sediakan 27 keping kertas A4 (sekeping untuk kulit dan bagi 26 keping untuk setiap satu huruf). Setiap muka boleh dibahagikan kepada dua bahagian, bahagian atas untuk latihan menulis dan bahagian bawah untuk “cut and paste”. Anda boleh mengadakan aktiviti mencari huruf-huruf di majalah atau surat khabar untuk digunting dan dilekatkan dibahagian “cut and paste”.


3.   Huruf dan kosa kata  Permainanya mudah, anda hanya perlu menyebut huruf dan kemudian menyebut perkataan yang bermula dengan huruf yang disebutkan tadi. Sebagai contoh, A untuk ayam, B untuk bola, C untuk cawan dan sebagainya. Anda juga boleh memainkannya dalam bahasa Inggeris.
Selamat mencuba.

Anda Pengunjung Ke...