bismillah Pictures, Images and Photos

Carian Maklumat...

Jumaat, 31 Disember 2010

Selamat Tahun Baru 2011





Kami warga Prasekolah Nadi Pintar ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 kepada semua rakyat Malaysia...

Rabu, 29 Disember 2010

Pembinaan pondok bacaan dalam taman

Guru Prasekolah, Pn. Zalina Osman telah merancang untuk mendirikan sebuah pondok bacaan di dalam taman permainan sejak tahun 2008 lagi. Pondok bacaan tersebut didirikan bertujuan untuk dijadikan sebagai tempat murid-murid belajar sambil menikmati udara segar, berehat selepas bermain di taman dan sebagai tempat untuk melakukan aktiviti-aktiviti di luar kelas. Alhamdulillah, akhirnya pondok yang diidam-idamkan tersebut berjaya juga didirikan. Terima kasih diucapkan kepada En. Musa, En. Aliman, En. Kadir dan En. Isnin (pekerja am sekolah) yang telah bekerjasama dengan baik dan dengan kepakaran yang mereka miliki, pondok ini dapat disiapkan dengan sempurna. Alhamdulillah...Semoga anak-anak murid prasekolah Nadi Pintar sesi 2011 dan seterusnya dapat memanfaatkan dan menjaga pondok ini dengan sebaik-baiknya.





























Isnin, 27 Disember 2010

Majlis Orientasi Murid Prasekolah 2011

Hari ini merupakan hari orientasi murid-murid Prasekolah Nadi Pintar, SK Seri Padang Sari. Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada tuan Guru Besar kita, Tn Hj Mohamed b Juhari kerana sudi hadir untuk memberikan taklimat kepada semua ibu bapa yang hadir. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada Cikgu Razali kerana sudi menjadi pengacara majlis. Terima kasih daun keladi, harapnya tahun depan jadi pengacara lagi...

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberi kerjasama yang terbaik sepanjang majlis berlangsung.

Guru prasekolah, cikgu Zalina Osman turut memberikan taklimat kepada ibu-bapa. Perkara yang disentuh ialah mengenai waktu pembelajaran, sarapan/makan tengahari, pakaian sukan dan uniform, sambutan hari lahir di sekolah, P&P, exam/ujian dan mengenai waktu pulang.

Seramai 19 orang murid telahpun mendaftar untuk masuk ke prasekolah sesi 2011. Murid 6 tahun seramai 10 orang dan 5 tahun seramai 9 orang. Kami sebagai warga prasekolah Nadi Pintar akan sedaya upaya memberi didikan yang terbaik untuk anak-anak ini...Sekian
























Ahad, 26 Disember 2010

Sedikit perkongsian info mengenai NKRA

NKRA

Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (NATIONAL KEY RESULT AREAS) merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk memenuhi keperluan rakyat selepas PRU12.

NKRA diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2009. Hala tuju strategik NKRA , perancangan dan pelaksanaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10. Ia dilancarkan dalam majlis Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran dan penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pengerusi Lembaga Pemandu NKRA ialah Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) NKRA ialah Senator Datuk Seri Idris Jala. Setiap NKRA, seorang menteri dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan.
Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri giat memperkasakan keupayaan pegawai dan kakitangan untuk memahami konsep, mengenal pasti dan melaksanakan keperluan penyediaan NKRA dan KPI di peringkat masing-masing. Kerajaan terbuka kepada semua maklum balas yang diterima dan bersedia untuk merealisasikan kesemua pelan .

Sekarang lebih ramai menteri menanggalkan jaket dan menyinsing lengan untuk melihat sendiri masalah rakyat agar mereka dapat menyelesaikannya. Rakyat bertembung dengan menteri di rumah-rumah pangsa yang sesak, pasar dan stesen bas, di lebuh raya yang sibuk, sekolah, hospital, malahan di kawasan sering dilanda banjir. Era menteri disediakan permaidani merah dan menerima cendera hati selepas menyampaikan ucapan sudah berlalu. Menteri perlu mendengar denyutan nadi rakyat. Kabinet Najib dibentuk pada 9 April 2009 melibatkan barisan jemaah menteri yang lebih kecil, terdiri daripada 28 menteri dan 25 kementerian, berbanding 32 menteri dan 27 kementerian semasa pentadbiran Abdullah.


6 teras NKRA

Enam bidang tumpuan NKRA ialah :

1. Mengurangkan jenayah - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri)
2. Memerangi rasuah - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
3. Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu - Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)
4. Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
6. Menambah baik pengangkutan awam bandar - Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan)


NKRA Pendidikan

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa sub NKRA terbahagi kepada 4 iaitu :

1. Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah
2. Meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS).
3. Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi
4. Insentif berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kepimpinan sekolah

Kanak-kanak seawal umur empat tahun dalam sistem prasekolah diharapkan dapat membina keyakinan anak-anak dan membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Standard antarabangsa menetapkan tempoh 12 tahun bagi setiap murid. 315 buah kelas prasekolah disediakan dengan bilangan guru prasekolah seramai 7,511 orang pada 2010. Semua prasekolah, kerajaan mahupun swasta akan menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

Kelas Prasekolah akan dibina di rumah-rumah panjang di Sarawak. Bangunan khusus akan dibina atau dibina dalam rumah panjang. Banyak rumah panjang di Sarawak kini menggunakan batu-bata dan simen, tidak lagi menggunakan kayu. Contohnya rumah panjang di Batang Ai. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib bin Mahmud berharap penghuni rumah panjang akan menyokong program pembangunan yang disediakan oleh kerajaan.
LINUS ditumpukan kepada murid yang lemah penguasaannya dalam kemahiran 3M. Kadar literasi murid sekolah rendah adalah 87 %. 2010 disasarkan 90 %. Guru-guru terbaik akan mengajar Tahun 1. Guru Pemulihan ditambah kepada nisbah 1:15 murid. 20 % murid menyertai kelas prasekolah pada akhir 2012 . Semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. Semua sekolah dipastikan mendapat bekalan elektrik 24 jam. Prasekolah berpusat terutama di kawasan pedalaman akan diperkenalkan.
20 buah sekolah disasarkan untuk menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2010. Tahun 2012 dijangka 100 buah sekolah.69 buah Sekolah Menengah Teknik distruktur semula untuk dijadikan Sekolah Menengah Vokasional.Sekolah aliran vokasional dan kemahiran menjadi satu daripada bidang aliran perdana dalam sistem pendidikan.
'New Deal' atau Bai'ah Baru diperkenalkan kepada pemimpin sekolah dengan hasrat untuk meningkatkan profesionalisme pengurusan dan kecemerlangan sekolah.
UNESCO dalam Laporan Pemantauan Global Pendidikan Untuk Semua 2009 meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-45 daripada 129 negara. Malaysia di kalangan 56 negara yang berada di kedudukan aras tinggi pada Indeks Pembangunan Untuk Semua.

sumber : ms.wikipedia.org/wiki/NKRA

Anda Pengunjung Ke...