bismillah Pictures, Images and Photos

Carian Maklumat...

Khamis, 24 Mac 2011

Aktiviti di Taman Permainan Prasekolah

"Anak-anak...siapa yang dah siap buat kerja, hantar atas meja cikgu dan boleh main di taman...." kata cikgu Zalina.

"Hoorey..." sorak murid-murid Prasekolah Nadi Pintar.

"Tapi dengan syarat kena buat dengan cantik dan kemas. Kalau mewarna tak nak macam ribut taufan ya..."

"Baik cikgu..."

Macam tu la gelagat anak-anak prasekolah kita ni bila sebut je pasal main taman...Seronok betul. Takpe la waktu main, main betul-betul. Waktu belajar, belajar betul-betul ya sayang...
























Selasa, 22 Mac 2011

Sambutan Hari Lahir Shaiful Amri

Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Jadi Amri...
Selamat Hari Jadi...

Panjang umurnya...
Panjang umurnya...
Panjang umurnya serta mulia...
serta mulia...serta mulia...

Happy birthday to you...
Happy Birthday to you...
Happy Birthday to Amri...
Happy Birthday to you....

Semoga Amri panjang umur dan menjadi seorang yang rajin, bijak dan yang paling penting, menjadi anak yang baik...Amin

















Selasa, 1 Mac 2011

Sukan Padang dan Balapan Prasekolah

Sukan Padang dan Balapan Prasekolah peringkat Zon Semerah telah diadakan pada hari Jumaat (25.2.2011) bertempat di SMK Dato' Onn, Batu Pahat. Prasekolah Nadi Pintar telah menghantar seramai 3 orang wakil iaitu

1. Abu Sufian b. Razali (lompat tinggi dan lompat jauh)

2. Saiful Amri b Abdul Kadir (lumba lari 50m dan 80m)

3. Maizatul Amirah bt Mu'min (lompat jauh)

Tahniah kami ucapkan kepada ketiga-tiga anak kecil ini. Walaupun tidak berjaya membawa pulang apa-apa pingat, namun semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh mereka dan sokongan daripada ibu bapa amatlah kami hargai.

Majulah sukan untuk negara...

































































Anda Pengunjung Ke...