bismillah Pictures, Images and Photos

Carian Maklumat...

Jumaat, 31 Disember 2010

Selamat Tahun Baru 2011





Kami warga Prasekolah Nadi Pintar ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 kepada semua rakyat Malaysia...

Rabu, 29 Disember 2010

Pembinaan pondok bacaan dalam taman

Guru Prasekolah, Pn. Zalina Osman telah merancang untuk mendirikan sebuah pondok bacaan di dalam taman permainan sejak tahun 2008 lagi. Pondok bacaan tersebut didirikan bertujuan untuk dijadikan sebagai tempat murid-murid belajar sambil menikmati udara segar, berehat selepas bermain di taman dan sebagai tempat untuk melakukan aktiviti-aktiviti di luar kelas. Alhamdulillah, akhirnya pondok yang diidam-idamkan tersebut berjaya juga didirikan. Terima kasih diucapkan kepada En. Musa, En. Aliman, En. Kadir dan En. Isnin (pekerja am sekolah) yang telah bekerjasama dengan baik dan dengan kepakaran yang mereka miliki, pondok ini dapat disiapkan dengan sempurna. Alhamdulillah...Semoga anak-anak murid prasekolah Nadi Pintar sesi 2011 dan seterusnya dapat memanfaatkan dan menjaga pondok ini dengan sebaik-baiknya.





























Isnin, 27 Disember 2010

Majlis Orientasi Murid Prasekolah 2011

Hari ini merupakan hari orientasi murid-murid Prasekolah Nadi Pintar, SK Seri Padang Sari. Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada tuan Guru Besar kita, Tn Hj Mohamed b Juhari kerana sudi hadir untuk memberikan taklimat kepada semua ibu bapa yang hadir. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami kepada Cikgu Razali kerana sudi menjadi pengacara majlis. Terima kasih daun keladi, harapnya tahun depan jadi pengacara lagi...

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberi kerjasama yang terbaik sepanjang majlis berlangsung.

Guru prasekolah, cikgu Zalina Osman turut memberikan taklimat kepada ibu-bapa. Perkara yang disentuh ialah mengenai waktu pembelajaran, sarapan/makan tengahari, pakaian sukan dan uniform, sambutan hari lahir di sekolah, P&P, exam/ujian dan mengenai waktu pulang.

Seramai 19 orang murid telahpun mendaftar untuk masuk ke prasekolah sesi 2011. Murid 6 tahun seramai 10 orang dan 5 tahun seramai 9 orang. Kami sebagai warga prasekolah Nadi Pintar akan sedaya upaya memberi didikan yang terbaik untuk anak-anak ini...Sekian
























Anda Pengunjung Ke...