Selasa, 29 Mac 2011
Sambutan Hari Lahir Nur Qurratu Ain
Alhamdulillah...ramai anak-anak prasekolah Nadi Pintar membuat sambutan ulangtahun kelahiran di prasekolah...kali ini tiba giliran adik Nur Qurratu Ain pula. Adik Ain ni baru berusia 5 tahun. Cikgu dan Cik Wan doakan semoga Ain panjang umur dan dimurahkan rezeki...dan...rajin-rajin belajar tau biar cepat pandai...Terima kasih kerana bawakan kek dan jajan untuk kawan-kawan.

Isnin, 28 Mac 2011
Gotong-royong membersihkan kebun prasekolah
Aktiviti yang dijalankan pagi ini ialah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan kebun prasekolah yang terletak di belakang bangunan prasekolah. Selain membersihkan kawasan kebun, cikgu turut menunjukkan murid-murid cara menanam pokok bunga raya. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mendidik murid-murid menjaga kebersihan kebun dan mempelajari cara-cara menanam pokok.

Khamis, 24 Mac 2011
Aktiviti di Taman Permainan Prasekolah
"Anak-anak...siapa yang dah siap buat kerja, hantar atas meja cikgu dan boleh main di taman...." kata cikgu Zalina.
"Hoorey..." sorak murid-murid Prasekolah Nadi Pintar.
"Tapi dengan syarat kena buat dengan cantik dan kemas. Kalau mewarna tak nak macam ribut taufan ya..."
"Baik cikgu..."
Macam tu la gelagat anak-anak prasekolah kita ni bila sebut je pasal main taman...Seronok betul. Takpe la waktu main, main betul-betul. Waktu belajar, belajar betul-betul ya sayang...

Langgan:
Catatan (Atom)