Carian Maklumat...

Khamis, 4 Mac 2010

Aktiviti hari ini bersama murid

Hari ini murid-murid dibimbing oleh guru dan dibantu oleh PPM melakukan aktiviti menampal kertas surat khabar pada belon.

Mula-mula belon ditiup dan diikat.

Setelah siap diikat, kertas surat khabar dipotong kecil-kecil dan ditampal di atas permukaan belon (sehingga menutup keseluruhan permukaan belon).

Kemudian, kertas surat khabar yang lain diambil dan dipotong kecil kecil berbentuk segi empat dan digulung untuk dijadikan seperti duri buah durian.

Duri-duri buah durian tersebut kemudiannya ditampal di permukaan belon yang telah dilitupi dengan surat khabar tadi sehingga menjadi seakan-akan sebiji buah durian.

Setelah siap, buah durian tersebut digantung. Sekian...(tak ada kamera, jadi tak ada lah gambar)



(disediakan oleh: Wan PPM Prasekolah SKSPS)

1 ulasan:

  1. tahniah kerana penghasilan bloq yang baik walaupun baru 3 tahun beroperasi prasekolah Nadi Pintar terus ceria.

    BalasPadam

Anda Pengunjung Ke...