Carian Maklumat...

Isnin, 3 Januari 2011

Hari pertama persekolahan sesi 2011

Isnin, 3 Jan 2011 bermulanya hari pertama persekolahan di Prasekolah ini. Terdapat 3 lagi murid yang baru mendaftar mejadikan kesemua murid prasekolah Nadi Pintar sesi 2011 seramai 21 orang. 9 perempuan, 12 lelaki (11 orang 6 tahun, 10 orang 5 tahun). Bermacam-macam gelagat...ada yang gembira dan tak sabar-sabar untuk ke sekolah, ada yang diam jeee...ada juga yang menangis nak ikut mak balik. Terpaksalah Cik Wan pujuk dan ikut ke tapak perhimpunan. Alhamdulillah akhirnya reda juga tangisnya.

Alhamdulillah hari pertama persekolahan berjalan dengan lancar. Murid-murid dapat mengikuti apa yang diarahkan / diajar oleh cikgu Zalina dengan baik. Dengan pengalaman mengajar murid tahun 1 di SK Tiga Serangkai dan menjadi guru prasekolah Nadi Pintar selama 4 tahun, cikgu Zalina berjaya mengawal murid-murid dengan baik. Bukan senang nak mengawal budak-budak yang baru memulakan persekolahan...Macam-macam ragam dan yang paling penting, kesabaran mesti ada.

Berikut adalah senarai nama murid-murid prasekolah Nadi Pintar sesi 2011

1. ABU SUFIAN
2. LUKMAN AL-HAKIM
3. MUHD IQBAL ASHRAF
4. MAIZATUL AMIRAH
5. MOHD FAIZ ASYRAF
6. SHAIFUL AMRI
7. MUHD FAIZAL
8. MUHD NAZRUL IMRAN
9. RABIATUL ADAWIYAH
10. MUHD IRFAN DARWISY
11. NUR SYAZWINA
12. NURALIA FARISYAH
13. NUR QURRATU AIN
14. NUR AININ SOFIYA
15. MUHD HAZIQ SYABIL
16. MUHD HARIZ SHAHMI
17. MoHD haikal
18. NUR’AIN AMIRA HUSNA
19. EIMAN RAFIUDDIN
20. HANIS AYUNI BT RAZUKI
21. NUR AMIRA NATASHA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Pengunjung Ke...