Rabu, 22 Jun 2011
Sukan Tahunan Sekolah 2011
Tamat sudah acara sukan tahunan (Padang dan Balapan) 2011 yang telah diadakan di padang SK Seri Padang Sari. Sukan ini terbahagi kepada 3 buah rumah iaitu Kuning (Abu Bakar), Biru (Ibrahim) dan Merah (Ismail). Tahniah diucapkan kepada rumah Abu Bakar kerana menjadi Johan selama 2 tahun berturut-turut (2010 & 2011).
Julung kalinya acara sukan tahun ini dimulakan dengan perbarisan. Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti dirancang...
Walaupun semalam hujan lebat, dan pagi tadi hujan renyai-renyai namun acara sukan ini dapat juga diteruskan. Dengan keadaan padang yang sedikit becak tidak mematahkan semangat anak-anak murid prasekolah Nadi Pintar dan murid-murid SK Seri Padang Sari bertanding untuk menang dalam semua acara yang dipertandingkan.
Murid-murid prasekolah turut terlibat dalam 3 acara iaitu Larian Relay, Larian 70M (kategori 5 thn dan 6 thn) dan pertandingan "siapa cepat dia dapat".
Apa-apa pun tahniah kepada semua yang terlibat...Semoga dengan adanya aktiviti sukan sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara guru-guru, murid-murid, kakitangan sekolah dan juga ibu-bapa. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan...Majulah sukan untuk negara....Wassalam
Khamis, 16 Jun 2011
Latihan Rumah Sukan 2011
Selama 2 hari (Rabu dan Khamis) murid-murid Prasekolah Nadi Pintar menjalani latihan (Larian Relay dan larian 70M) bagi Kejohanan Padang dan Balapan Tahunan Sekolah Kali ke-14 yang akan diadakan pada hari Khamis 23.6.2011. Seronok betul anak-anak ini berlari-lari di padang. Geli hati pun ada bila kita suruh anak-anak ni buat larian relay...cikgu suruh lari dia pun lari laaa...dah tak nampak lorong dah...janji baton tu sampai kat tangan kawan...hehehe mula-mula je tapi bila dah dilatih oleh cikgu zalina, baru la ok sikit. Ok la anak-anak ku sayang. Good Luck. Semoga banyak dapat hadiah di hari sukan nanti...All the best!
Selasa, 7 Jun 2011
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011
Selama 3 hari bermula hari Selasa (24.5.11) hingga Khamis (26.5.11) murid-murid Prasekolah Nadi Pintar telah menduduki peperiksaan pertengahan tahun.
Tujuan peperiksaan ini diadakan adalah untuk menguji tahap pencapaian murid-murid setelah 1/2 tahun belajar di prasekolah ini.
Alhamdulillah, ramai murid-murid yang dapat menjawab dengan cemerlang...dan ada yang mendapat 100% dalam semua subjek. Tahniah diucapkan kepada Ain Amira Husna. Semoga murid-murid yang lain pun dapat mengikuti jejak langkah kawan kita ni. Yang penting usaha...pasti kita semua akan berjaya.
Selain usaha cikgu Zalina mendidik anak-anak ini, ibu bapa juga turut membantu mendidik anak mereka di rumah sehingga mereka berjaya...Sesibuk mana pun kita, pelajaran anak-anak jangan diabaikan...wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)
