bismillah Pictures, Images and Photos

Carian Maklumat...

Ahad, 25 September 2011

Karnival Pendidikan Prasekolah 2011 di SK Seri Padang Sari



Selesai sudah Karnival Pendidikan Prasekolah Peringkat Zon Semerah Tahun 2011 yang telah diadakan pada hari Sabtu 24.9.2011 bertempat di SK Seri Padang Sari. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Bermula dengan pendaftaran pada jam 8.00 pagi - 8.30 pagi, seterusnya pada jam 8.30 pagi pertandingan dimulakan. Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Sajak, Nyanyian Solo dan Tilawah telah tamat lebih kurang pukul10 pagi manakala acara mewarna tamat pukul 10.30 pagi.



Alhamdulillah...2 orang wakil Prasekolah Nadi Pintar, SK Seri Padang Sari iaitu adik Abu Sufian (Bercerita BM) dan adik Ain Husna (Bercerita BI) telah menjadi johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan. Mereka akan mewakili Zon Semerah ke pertandingan Peringkat Daerah pada hari Sabtu (1.10.2011). Semoga mereka akan terus menjadi juara dan mara ke peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah juga diucapkan kepada adik Rabiatul Adawiyah kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam acara Nyanyian Solo. Adik Rabiatul telah menyampaikan lagu Oh Ibu dan Tanggal 31. Walaupun baru berusia 5 tahun namun adik Rabiatul telah menunjukkan bakat dan kemampuannya untuk bersaing dengan peserta-peserta yang lain. Diharapkan bakat beliau akan lebih terserlah bila berumur 6 tahun nanti insyaAllah

Syabas juga diucapkan kepada adik Amri, Iqbal, Ayuni dan Suhada yang telah mewakili prasekolah dalam pertandingan mewarna...walaupun tidak berjaya, namun semangat dan usaha yang ditunjukkan amatlah kami hargai...

Semoga berjumpa lagi di Karnival Peringkat Daerah nanti...Good Luck for Abu Sufian and Ain Husna...buktikan yang SKSPS BOLEH!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Pengunjung Ke...